Sabtu, 3 Disember 2011

contoh kesan GLOBALISASI


Bumi merupakan planet yang ke tiga daripada cakerawala. Satu-satunya planet yang tersiri pelbagai jenis kehidupan dan mineral. Hal ini menjadikan Bumi sebuah palnet yang misteri sehingga ke hari kerana bukan sahaja apa yang di dalamnya namun keindahan alam dibumi itu sendiri menjadikan bumi sebagai sebuah planet yang cantik. Hasil kajian menunjukkan bahawa bumi hanya terdiri 30 peratus sahaja daratan malah selebihnya iaitu 70 peratus adalah air. Uniknya, air-air tersebut tidak pernah rosak kerana kitaran sentiasa berlaku dan jika diperhatikan kuantiti air yangbada di bumi adalah sama.
            Mengikut sejarah, kehidupan manusia dikatakan telah bermula pada zaman Paleolitik lagi dan manusia mula maju pada zaman logam. Sejarah telah menunjukkan bahawa manusia telah berevolusi dengan mencari keselesaan hidup. Manusia merupakan khalifah di muka bumi ini, oleh itu manusia diberikan keluarga dan anak-anak daripada gabungan sperma dan ovum agar bumi ini dapat ditadbir dengan lebih baik dari setiap generasi yang dipertanggungjawabkan. Sebagai kehidupan yang paling bijak dan pemimpin di bumi ini, manusia telah berevolusi dengan cepatnya. Jika dahulu manusia hanya tinggal di gua-gua persisiran pantai dan sungai tapi sekarang ini manusia berjaya melahirkan Bandar yang mempunyai peradaban mereka tersendiri. Jika sebelum ini binatang dijadikan sebagai pengangkuatan kepada manusia tetapi kini pelbagai kenderaan bermotor telah dicipta bagi memudahkan lagi pergerakan manusia. Penerokaan manusia telah berjaya menemui beberapa hasil mineral seperti petroleum, gas, arang batu dan pelbagai lagi. Hal ini memenuhi suatu fasa baru pembangunan dan membawa era baru.
            Revolusi dalam bidang ekonomi juga mengalami perubahan yang pesat. Hal ini demikian kerana jika dilihat dari sudut sejarah, manusia hanya bercucuk tanam untuk menyara kehidupan keluarga mereka. Namun pada era abad 21 ini, bercucuk tanam untuk menyara kehidupan tidak lagi kelihatan. Manusia mula bercucuk tanam dengan saiz tanah yang lebih besar untuk menjalankan sistem ekonomi dengan mengkormesialkan hasil-hasil tanaman mereka tersebut. Munurut teori ekonomi iaitu teori penawaran dan pemintaan, jelas sekali dapat diperhatikan melalui aktiviti perikanan yang dijalankan dari  tahun1950  sehingga sekarang hasil tangkapan  perikanan mengalami kenaikan 5 kali ganda, iaitu 18 hingga 100 juta tan metrik pada setiap tahun.
            Dunia tanpa sempadan atau globalisasi sering diperkatakan pada era ini. Globalisasi bukan sahaja memberi perubahan kepada ekonomi negara, kehidupan manusia malah juga dalam seni bina bagunan. Kita dapat lihat bangunan-bangunan yang pelbagai bentuk dan mengkagumi dunia. Disamping itu juga, terdapat juga-juga monument-monumen bangunan yang sama diantara negara tersebut.
            Namun bergitu, kesan daripada globalisasi ini juga member dampak kepada alam ini. Contohnya, di Amazon hutan-hutan dijadikan kawasan ladang soya dan kacang untuk diberikan kepada ternakan mereka. Gangguan pada ekosistem ini telah menyebabkan suhu di muka bumi menjadi panas dan berlaku ketidakseimbangan iklim. Bukti yang jelas dapat diperhatikan di kutub utara apabila ais mula berkurang pada 40 peratus selama 40 tahun terakhir.
            Kita boleh melihat tindakan manusia dari pelbagai pelusuk dunia akibat daripada globalisasi ini. Contohnya di india, rakyat-rakyatnya mengalami penderitaan akibat daripada kekurangan air di negara tersebut. Namun, di Las Vegas, Amerika Syarikat senarionya amat berbeza. Hal ini demikian kerana  purata bagi pengambilan air liter per orang adalah pada hari ini adalah yang paling terbesar. Selain itu di Nigeria, Afrika isinya amat berbeda sekali. Hal ini demikian kerana negara tersebut merupakan negara yang terbesar pengeksport minyak, namun bergitu rakyatnya tidak dapat menikmati kekayaan negara tersebut disebabkan oleh kekayaan negara tersebut tidak dibahagikan sama rata kepada rakyat. Hal ini menyebabkan negara tersebut mengalami kemiskinan dibawah 70 peratus.
Rentetannya, bumi ini masih la dapat dilestarikan selagi kite sebagai pemimpin di muka bumi ini tidak menyalahgunakan umber-sumber semula jadi di muka bumi. Disamping itu juga, sumber-sumber yang boleh diperbaharui haruslah giat dikitar semula supaya kita tidak menggunakan sumber yang baru,bab kata pepatah ‘ bumi ini kita hanya pinjam daripada anak dan cucu kita’. Oleh itu, kite haruslah memikirkan juga masa depan generasi yang akan datang supaya mereka boleh hidup senang dan gembira seperti kita.

1 ulasan:

Mohamad ZH berkata...

Assalamualaikum wbt...
Saya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa bumi ini masih lagi dapat dilestarikan selagi mana kita sebagai pemimpin di muka bumi ini tidak menyalahgunakan sumber-sumber semula jadi di muka bumi... Namun begitu, globalisasi juga merupakan salah satu faktor yang memberi tekanan kepada pemimpin untuk menyalahgunakan sumber-sumber semulajadi.. Contohnya, negara yang berada di garisan khatulistiwa seperti Malaysia perlu melakukan aktiviti pembalakan bagi tujuan pengeksportan dan pertanian, aktiviti ini juga perlu dilakukan sebagai salah satu sumber pendapatan negara...
Secara keseluruhannya,artikel ini mampu memberi kesedaran kepada pembaca mengenai kepentingan kita untuk menjaga kelestarian alam sekitar... sekian...

Catat Ulasan